Suami isteri dibelasah kerana duit sewa

DUA ditahan manakala tiga lagi diburu selepas terbabit dalam insiden membelasah suami isteri di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, Kota Kinabalu yang tular di media sosial sejak semalam.

Kes berlaku 1 pagi, 2 Jun lalu membabitkan mangsa warga Pakistan dan isterinya warga tempatan yang dibelasah sekumpulan individu disebabkan isu pembayaran sewa pangsapuri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, dua suspek berusia 37 dan 67 tahun ditahan Selasa lalu, dua hari selepas pergaduhan itu.

Katanya, kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah esok dan polis masih memburu beberapa individu yang turut terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Sebelum kejadian, mangsa yang juga penyewa pangsapuri itu didatangi wanita dan lelaki yang juga pemilik rumah.

“Namun hasil perbincangan mangsa dan pemilik rumah tidak berjalan lancar sebelum terjadi pergaduhan mulut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pergaduhan kemudiannya tercetus membabitkan bapa dan abang pemilik rumah,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial semalam yang memaparkan suami isteri dipukul beberapa lelaki di hadapan sebuah kedai di Api-Api Centre.

Comments

Popular posts from this blog

Pemandu bas bahaya keningau-kk

Tempat menarik di tambunan