Sejak kebelakangan ini, kejadian jenayah melibatkan PATI amat membimbangkan rakyat Sabah.


Sejak kebelakangan ini, kejadian jenayah melibatkan PATI amat membimbangkan rakyat Sabah. 
Dalam bulan Mei – Jun ini sahaja , ada beberapa kes yang melibatkan PTI antaranya ialah kes bunuh Pemandu Grab, rompakan warga emas di inanam, rompak dan tetak di Tuaran dan untuk hari ini sahaja ada 3 kes serentak iaitu kes rompak dan ragut di keningau, Penjual rokok seludup menyerang orang tempatan di Ranau , kes tikam di Kota Kinabalu yang rata-rata melibatkan warga asing dan PTI dari Filipina.
Beberapa orang rakyat Sabah yang ditemui turut menzahirkan kebimbangan mereka dengan tindakan kerajaan yang seolah olah “mesra pti” tanpa mengkaji dan memperhalusi akibat pada rakyat tempatan jika pemberian pulau dan pemutihan dilaksanakan di negeri ini.
Keputusan kerajaan negeri yang ingin memberikan dokumen untuk bekerja di Negeri ini telah mendapat bantahan berterusan daripada majoriti rakyat Sabah. Mereka berpandangan PATI yang berada di Sabah seharusnya dihantar pulang ke tempat asal dan bukannya diberikan pula dokumen bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di Sabah.
Rakyat Sabah juga turut membantah cadangan pemberian pulau kepada PATI sambil memberikan alasan kawasan bergolak di selatan di Filipina kini dalam keadaan aman sejak MILF diberikan kuasa autonomi mentadbir Mindanao, justeru cadangan penyediaan pulau bagi tujuan transit tidak perlu dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Pemandu bas bahaya keningau-kk

Tempat menarik di tambunan