SARANG PENJUALAN DOKUMEN DI PANTAI TIMUR SABAH TUMPAS .

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata tangkapan dilakukan menerusi 2 serbuan berasingan di Tawau pada Jumaat lepas dan di daerah ini awal pagi tadi.
Katanya di Tawau tangkapan membabitkan 10 wanita dan seorang lelaki yang merupakan ejen kepada sindiket itu.
Menurutnya, tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang ejen wanita berusia 52 tahun dalam serbuan di sebuah kediaman di Kawasan Perindustrian Sedco Batu 2 1/2 Sandakan pada jam 2 pagi hari ini.
Beberapa dokumen pengenalan diri palsu antaranya sijil lahir dan kad pengenalan dirampas dalam serbuan tersebut, katanya pada sidang media hari ini.
Mohammad Razin berkata 2 ejen termasuk seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditahan di Tawau adalah rakyat tempatan, manakala 11 lagi adalah warganegara Filipina dan Indonesia.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket tersebut mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM6,000 untuk sijil lahir dan kad pengenalan palsu bagi Pendatang Asing Tanpa Izin warganegara Filipina dan Indonesia.
Beliau berkata bagi modus operandi sindiket di Tawau, ia juga membabitkan membeli sijil lahir asli kanak-kanak yang sudah meninggal dunia di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu tetapi tidak didaftarkan kematian di JPN.
Katanya ejen itu akan membeli dokumen itu dari dari ibu bapa atau keluarga terdekat dengan harga RM2,000 dan kemudian menjualnya kepada warganegara asing dengan harga mencecah RM20,000.ni.
Manakalah di semporna pula , dua orang suspek yang merupakan penjawat awam juga telah diberkas oleh SPRM
Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berumur 40 tahun, ditahan di Semporna.
Mereka menerima suapan bernilai RM2,000 seorang melibatkan proses pengeluaran kad pengenalan di daerah Semporna. Mereka ditahan reman selama 5 hari di Mahkamah Majistret Tawau.
Sebuah blog theunspinners pernah mendedahkan kes ini tahun lalu. sumber mendedahkan kes tangkapan penjawat awam JPN Semporna oleh SPRM ada kaitan dengan rangkaian sindiket yang ditumpaskan

Comments

Popular posts from this blog

Pemandu bas bahaya keningau-kk

Tempat menarik di tambunan