RON97 turun 13 sen, RON95 dan diesel kekal
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun 13 sen kepada RM2.63 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter, selama dua minggu bermula tengah malam ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan, hari ini, berkata harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 1 hingga 14 Jun depan.
“Sempena musim cuti Aidilfitri, penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) akan dikekalkan untuk tempoh dua minggu.
“Selepas 14 Jun ini, penetapan harga runcit produk petroleum ini akan kembali ke asal di mana penetapan dibuat secara mingguan,” katanya.
Beliau berkata, penurunan itu berikutan harga produk petroleum yang diproses dalam pasaran dunia menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.
“Berdasarkan pengiraan bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.40 seliter.
“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum serta mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Anggaran subsidi perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 1 hingga 14 Jun
ini berjumlah RM165.27 juta,” katanya.

Comments
Post a Comment