Polis Sabah kesan, buru pemandu bas ekspres ambil dadah
OMAR Mammah (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada pegawai polis berkenaan operasi bersepadu di Putera Jaya, Telipok. – Foto Junaidi Ladjana KOTA KINABALU: Pemandu bas ekspres di negeri ini diingatkan agar tidak terbabit dalam penyalahgunaan dadah kerana perbuatan itu bukan hanya membahayakan nyawa mereka, malah boleh mengancam keselamatan penumpang. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata pengambilan bahan terlarang dikenalpasti antara faktor penyumbang berlakunya kemalangan di negeri ini, terutama ketika musim perayaan, dengan ada di antaranya turut membabitkan kematian. Terminal Bas Bandaraya (Utara) – “Inanam” “Justeru, Op Selamat 15 turut menempatkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalankan pemeriksaan secara rawak ke atas pemandu bas ekspres bagi memburu mereka yang terbabit penyalahgunaan dadah. “Bagaimanapun, sejak operasi khas ini dilancarkan pada 29 Mei lalu, kita belum mengesan mana-mana pemandu bas ekspres yang p