Posts

(VIDEO) Budak Berbasikal Dari Papar Ke Keningau

Image
Shahrezan Ezan semasa dalam perjalanan balik beraya dari batu16 kimanis (Banjaran Crocker), terserempak dengan seorang budak lelaki tengah membonceng basikal lajak seorang diri. Dikatakan budak itu dari papar hendak menuju ke rumah bapanya di Kampung Mampikit daerah keningau. Jiwa budak lelaki ini sangat kental, berani dan sangat luar biasa kerana ketekadannya mengharungi jalan yang agak jauh dan berbukit bukau, ditambah lagi tidak ada bekalan langsung yang dibawa semasa perjalanan beliau. Balik raya dari batu16 kimanis..banjaran croke,, Tiba2 tejumpa ni budak naik basikal lajak.. Ini lah seumur hidup sy, sy nmpk budak naik basikal lajak dari papar p keningau.. Jm 6 pagi.. Sampai bukit putung jm4 ptng.. Sy bantu mna yg mampu sja.. Kental kw boy.. Sendri lagi.. Dia ckp mau p kg mampikit laut keningau.. Nasip lah mc ada kwn d batu 8.. Kc naik d truck.. #dia ckp mau p jumpa bapa dia. Sumber / Kredit Fb Shahrezan Ezan. 

SARANG PENJUALAN DOKUMEN DI PANTAI TIMUR SABAH TUMPAS .

Image
Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata tangkapan dilakukan menerusi 2 serbuan berasingan di Tawau pada Jumaat lepas dan di daerah ini awal pagi tadi. Katanya di Tawau tangkapan membabitkan 10 wanita dan seorang lelaki yang merupakan ejen kepada sindiket itu. Menurutnya, tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang ejen wanita berusia 52 tahun dalam serbuan di sebuah kediaman di Kawasan Perindustrian Sedco Batu 2 1/2 Sandakan pada jam 2 pagi hari ini. Beberapa dokumen pengenalan diri palsu antaranya sijil lahir dan kad pengenalan dirampas dalam serbuan tersebut, katanya pada sidang media hari ini. Mohammad Razin berkata 2 ejen termasuk seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditahan di Tawau adalah rakyat tempatan, manakala 11 lagi adalah warganegara Filipina dan Indonesia. Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket tersebut mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM6,000 untuk sijil lahir dan kad pengenalan palsu bagi Pendatang Asing Tanpa Izi
Image
Utama Terkini Parlimen Pilihan Editor Sukan Seni & Hiburan Global Kolum Surat Laporan Khas Ulasan Wawancara Lensakini KiniTV Makmal Berita Haziq ditahan di KLIA Faisal Asyraf 7:12 malam  (Dikemaskini  8:36 malam ) A   A Polis telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai individu dalam video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed mengesahkan bahawa Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.30 petang tadi. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan di mana ketua pemuda PKR Santubong itu ditahan atau menjelaskan penahanan tersebut dibuat berdasarkan seksyen apa. "Kenyataan media akan dikeluarkan kemudian," katanya kepada  Malaysiakini . Dalam  video pengakuannya , Haziq juga mendakwa seorang lagi individu dalam video itu ialah Azmin dan rakaman itu dibuat tanpa kebena

Pengakuan Gempar: Sayalah Lelaki Dalam Video Aksi Seks Sejenis Dengan Menteri

Image
Muhammad Haziq Aziz dalam video Facebook yang dimuat naik awal pagi ini. PETALING JAYA: Setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin hari ini membuat pengakuan gempar menamakan dirinya sebagai orang yang dilihat bersama seorang lelaki mirip seorang menteri kanan dalam beberapa klip video seks yang tersebar luas sejak semalam. Muhammad Haziq Aziz memuat naik video berdurasi 30 saat itu pada kira-kira 3.00 pagi tadi, dan turut menamakan menteri berkenaan, yang juga seorang pemimpin kanan PKR. Haziq merupakan setiausaha sulit kanan kepada Shamsul. Menurutnya, kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil baru-baru ini. Haziq turut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri berkenaan. “Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya. FMT sedang menunggu respon daripada pejabat menteri yang dinamakan Haziq. Pengakuan

Dua Warga Asing Ditahan, Disyaki Terlibat Memukul Dua Beranak Di Kampung Petagas

PENAMPANG: Polis menahan dua orang lelaki warga asing disyaki terlibat memukul dua beranak di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran Surau Al-Jannah, Kampung Petagas, Putatan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Harris Ibrahim berkata kedua-dua suspek berumur antara 30 hingga 40 tahun ditahan hari ini. Namun katanya kes berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Seksyen 147 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, pada Isnin (10 Jun) kira-kira pukul 7.11 malam, pihak polis menerima satu laporan dari seorang pengadu yang mengatakan bahawa ayah dan adik lelakinya telah dipukul oleh sekumpulan lelaki. Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu anak perempuan kepada mangsa menyatakan bahawa ayah dan adik lelakinya telah dipukul di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran Surau Al-Jannah, Kampung Petagas Putatan. Apa

Kerajaan Sabah merancang untuk memanfaatkan pelancongan luar China utara.

Image
KOTA KINABALU: Sabah berminat untuk membawa masuk lebih ramai pelancong China dengan rancangan untuk "menawan" sekurang-kurangnya 200,000 dari pasaran China utara yang agak baru tahun ini. Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata terdapat rancangan bagi penerbangan piagam jangka panjang untuk membawa pelawat dari wilayah China tidak lama lagi. Beliau berkata inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Cekal Aman Sdn Bhd (Malaysia) dan rakan kongsi charter penerbangan China, BJ. ST. International Travel Co. Ltd. BJ. ST. Perjalanan Antarabangsa adalah pengendali utama di China yang terlibat dalam penerbangan sewa dari China ke Bandar Jeju, Korea Selatan, serta Nha Trang dan Da Nang di Vietnam. "Melalui senario ini, kita perlu mengambil kesempatan ke atas pelancongan luar China utara dengan mengasyikkan para pelancong ini untuk menjadikan Sabah destinasi percutian pilihan mereka," katanya semasa lawatan pegawai Cekal Aman semalam. Liew, yang juga Men
Image
TERKINI! KOTA KINABALU: Seorang warga tempatan dan seorang lagi warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab dua minggu lalu. Arsit Indanan, 20, warga Filipina dan Amru Al Asy Japri, 24, warga tempatan, kedua-duanya pekerja kedai cuci kereta didakwa melakukan jenayah itu di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun di mahkamah litar Tuaran. Arsit bersama Amru dituduh membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27 di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei lalu di tepi jalanraya Marabahai, Tuaran. Keduanya menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan diterima daripada Arsit dan Amru selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mereka. Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai bagi sebutan kes mereka di Tuaran. Dalam pada itu kedua tertuduh turut diperintahkan terus ditahan reman